MAJLIS PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH PULAU PINANG PADA 28 JULAI 2011 (KHAMIS) DI PADANG PERBANDARAN SEBERANG PRAI, BUTTERWORTH OLEH YANG BERBAHAGIA PANGLIMA TENTERA DARAT

Rej Askar 509-AW(AUCMS)

Rej Askar 509-AW(AUCMS)
STAFF DAN OC KEM 509 YG TELAH BANYAK BERTUNGKUS-LUMUS UNTUK MERIALISASIKAN ASKAR WATANIAH DI AUCM,TERIMA KASIH KEPADA TUAN IQBAL,TUAN AZZAM,EN ALIF,EN ALIAS,EN SUFIAN,PN NITA DAN KAK AIN

kuMpuLan (1) AUCMS,BATALION 2-AW

kuMpuLan (1) AUCMS,BATALION 2-AW
SESI BERGAMBAR DI KEM 509 BUTTERWORTH ,PADA 28 JULAI 2011(KHAMIS)

Sunday 28 August 2011

Melepas Perasaan,,


JADIKAN CINTA ITU MANIFESTASI AMANAH DARI ALLAH,
DIORENTASIKAN DENGAN SYARIAT DAN IBADAH,
DILAMINASIKAN DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN
BAHAGIA SEJATI YANG DIRASAI SECARA REALITI BUKAN HANYA SUATU FANTASI
BAHKAN KEKAL ABADI HINGGA KE TAMAN FIRDAUSI….Insyallah..

**fahamkan maksud cinta bukan hanya yg dimiliki oleh merpati sejoli....
CINTA....membawa maksud yang sangat luas....


Cinta…
Perkataannya mudah sekali untuk disebut untuk dieja…
Tapi sebenarnya CINTA adalah perkara yang rumit…
Sedarkah kita bahawa CINTAlah yang memberi kita sinar dlm meneruskan kehidupan???Sedarkah kita bahawa CINTA adalah satu perasaan yang tidak dapat dijual beli??
Namun adakah kita hargai CINTA??
Cuba kita lihat…
Ramai anak muda membuat relationship dalam Facebook..
Menayaang kepada dunia bahawa mereka sedang dilamun CINTA.
Memberitahu kepada umum bahawa mereka sedang hangat berCINTA
Tanpa mereka sedari bahawa CINTA telah menghanyutkan mereka
Membawa mereka kepada kelalaian yang besar??? 
Hargailah CINTA wahai remaja
Kerana CINTA adalah salah satu nikmat drpd ALLAH buat kita
Kerana CINTA mngajar kita erti kasih sayang
CINTA kpd ALLAH
CINTA kpd Rasulullah
Cinta kpd Malaikat
Cinta sesama manusia mengekalkan keharmonian

Tapi…
Cuba kita lihat…
Sekarang kalau kita sebut CINTA\
Pasti terbayang di dalam benak kita ialah dua orang pasangan berlainan jantina sedang berpegangan tangan
Sedang berbalas mesej
Sedang makan bersama-sama 
Hakikatnya…
Itu bukanlah CINTA yang sebenar…

Saturday 27 August 2011

 
  SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA GENGKAWAN YANG MELAWATI BLOG SAYA,
JUGA TIDAK LUPA KEPADA RAKAN-RAKAN AUCMS,5IBNU RUSHD(09) SMKM,GURU-
                                           GURU DAN YANG MENGENALI DIRI INI.


Tuesday 9 August 2011

SEJENAK BERSAMA

Sedih sangat bila saban hari kita dengar kes bunuh dikalangan kanak-kanak dan dewasa semakin berleluasa....Manusia yang melakukannya seolah-olah tiada perasaan,yang kesiannya pada kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan,yang dimana baru hendak membesar dan baru hendak mengenal erti kehidupan....
Mereka yang melakukannya bagai tiada'PERASAAN dan HATI'.Bagaimana jika 1hari dimana mereka dapat tahu perkara yang sama terjadi pada ahli keluarga mereka.ALLAH dah bagi kepada setiap manusia hak untuk hidup kenapa benda-benda yang sekejam begini harus terjadi lagi???walaupun ramai pihak yang dah banyak menyuarakan sebulat-bulat suara menangani hal sedemikian,tapi perkara ini bagaikan tiada kesudahannya... 
Sepatutnya mereka sebegini haruslah dilindungi bukan untuk disakiti dan dizalimi....Hal sebegini bagaikan tiada kesudahannya....Mungkin siperlaku kekejaman terhadap orang ni akan insaf apabila perkara yang sama berlaku pada keluarga mereka juga,ataupun bagaikan tiada kesudahannya"WAHWAHUALAM".                   
Walaubagimana pun jutaan'TERIMA KASIH' kepada pihak yang telah tampil untuk membantu menangani hal sedemikian,tanpa mengira kaum,bangsa dan agama...Marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada mereka yang telah kembali ke"RAHMATULLAH" dan kepada semua umat islam yang telah kembali kepadaNYA.     Kita yang masih hidup di dunia ini haruslah meneruskan perjalanan hidup dan mencari bekalan untuk ke akhir  kelak...                                                                                                                                                          

Monday 8 August 2011

HIDUP TAK SELALUNYA GEMBIRA SEBEGINI

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.


                      BERGAMBAR BERSAMA AMOUR SELEPAS TAMAT KAWAD PADA MAJLIS
                                                 PELANCARAN ASKAR WATANIAH.
                                          

Thursday 28 July 2011

JanGan Baca.......LaWak sanGat....

Assalamualaikum...Wahai sahabat² seagama denganku…Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini.... 3 Minit je, tak lama pun..Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....<span> </span>Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....  Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul BERIMAN..."Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa? gelak tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam… Sebarkanlah.... Xperlu minta izin dah.. :)

Tuesday 5 July 2011

-cter bud4k llaki yg m4hu isteri soleh4h-

cite best: ade jmpe ngan sorg budak llaki ni,bru form 3... smbang2 ngan die:, ,dik,akak tye sikit blh?adek ni pun m'jwb,tye je kak,sye dh aggp kak mcm akak sye sndri.. aku pun tye, dh ade awek blum? die ckp ade... pnah pgg die x?pnah,lbih dr 2 pun pnah... aku pun tye lg,adek syg die? adek ni jwb,syg sgt kak,... xpe,tye lg, mmg
btul bsr nnt adek nk kawin ngan die la ni? nk twu die jwb ape????????/ TAK NAK LA KAK,DIE DH KOTOR,MMG LA SYE SYG DIE,TP SAPE NK PREMPUAN MURAHAN MCM 2, SENANG-SENANG JE KASI MAHKOTA DIE KT ORG, KANG KAWIN NNT DIE CURANG DGN SYE... XNK KAK,ERRRR,TOLONG LA,, MINTAK SIMPANG..adek 2 sambung lg, klu blh sye nk la cri yg solehah sikit, ,,,,aku syum tp hati geram jgak dgr die ckp mcm 2,tp xpe,sbr2.... k la dek,nnt kite smbg lg,akak ade kje ni... k assalammualaikumm... adek 2 m'jwb n aku trus pegi... ... so,pade sape yg membace,btul atau slh ape yg budak 2 ckp..????????????????? ...pd kaum hawa, geram x die ckp mcm 2? so, pndpt? mmg kite blh ubah budak 2... tp cube pkir ape yg die ngomong 2? btul @ salah??? same2 la kite pkir'.... wallahualam